Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.. kami mememulakan langkah (No.Sykt:IP0442465-M)

Saturday 30 July 2016

DURIAN FIESTA 2016

MALAYSIAN DURIAN FIESTA 2016



Di RTC Gopeng
Bermula pada 30-31 Julai 2016

RTC Gopeng hanya 24km dari Al-Qarni Homestay
jom ramai-ramai meriahkan fiesta durian ini


Sunday 24 July 2016

VISIT PERAK 2017

7.96 juta pelancong 
domestik kunjungi Perak

IPOH 19 Julai – Perak mengekalkan rekod sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi pelancong domestik apabila seramai 7.96 juta pelancong mengunjungi negeri itu pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perang­kaan itu membolehkan Perak mengungguli ka­tegori tersebut untuk tahun keempat berturut-turut.

Katanya, kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik dan pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengekalkan momentum dan kedudukan tersebut.
“Kerajaan negeri akan lebih berusaha untuk mempromosikan produk-produk pelancongan sedia ada mahupun yang baharu beroperasi ke peringkat antarabangsa.

“Usaha ini secara langsung akan mewujudkan lebih pembangunan sama ada dalam sektor pelancongan atau sektor lain yang bukan sahaja meningkatkan ekonomi negeri malah membawa nama Perak ke persada dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Festival Durian dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tourism Perak di Gua Tempurung, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penyenaraian Ipoh di tangga keenam untuk destinasi pelancongan terbaik di Asia untuk tahun 2016 oleh Lonely Planet juga merupakan kejayaan terbaik sektor pelancongan negeri ini.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil daripada pelbagai strategi yang dijalankan kerajaan negeri dalam usaha merancakkan lagi sektor tersebut.
-utusan online.

Thursday 14 July 2016

Bercuti, Berehat & MENANG

Jom segera rebut peluang ini untuk menikmati percutian sambil berpeluang  memenangi
HADIAH MISTERI daripada kami.

Bayar semasa check in dan buat cabutan bertuah dan menangi HADIAH MISTERI.

 
Ayuh jangan tunggu lagi...

Hubungi talian hotline kami di
0185705771
* Al-Qarni Homestay Ipoh


HADIAH UTAMA BULAN JULAI INI  JUG KETTLE  (ELBA)


 

Tahniah kepada Pn.Hayati kerana telah berjaya mendapat 2nd prize. Tak sempat nak bergambar. 

Tahniah akak .. !!!!

 Juga kepada adik Siti kita yang comel ni. Dari Johor. Datang dengan harapan, pulang dengan senyuman membawa pulang hadiah ke-5. Tahniah !!!


                            " Adeke hadiah untuk no.5? Harap dapat  hadiah yang cute-cute"-Siti

28.7.16 - Tahniah Pn.Anna. jiran kami telah berjaya mendapat hadiah ke-3. Selamat menyambut menantu :)

Pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda..
Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sangat menyokong Al-Qarni Homestay Ipoh, berulang kali menginap di homestay kami..

Bulan Julai semakin melabuh kan tirai nya. hadiah utama bulan ini akan dibawa ke bulan hadapan dan nantikan tambahan hadiah utama bulan OGOS 2016 ini... biarkan ia MISTERII!!!

tunggu post entry hadiah misteri untuk bulan Ogos ye..