Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.. kami mememulakan langkah (No.Sykt:IP0442465-M)

Monday 12 September 2016

SALAM AIDILADHA

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada semua pelanggan al-qarni Homestay.
t.kasih atas sokongan anda. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.

semoga kita sama-sama dapat menghayati sejarah agung erti sebuah Pengorbanan dan smoga kita juga sanggup berkorban untuk Allah s.w.t. dalam meraih cintaNya dan KasihNya

 

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
 اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
 اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Thursday 1 September 2016

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!







POH: Ribuan pengunjung telah membanjiri dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini bagi turut serta dalam Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Peringkat Negeri Perak, malam tadi.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Sarifah Zulkipli serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Zambry ketika berucap turut mengambil peluang untuk mendeklamasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang.
Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian yang melibatkan tiga kaum utama di negara ini yang iaitu Melayu, Cina dan India.
Sebaik jam mencecah detik 12 malam, laungan ‘Merdeka’ telah bergema diseluruh padang MBI yang dilaungkan oleh tetamu kehormat dan juga orang ramai. Nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang turut dialunkan sebaik sahaja selepas laungan merdeka tersebut. Terdahulu, sambutan ambang kemerdekaan berkenaan dimulakan dengan Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2016.

Sumber Info : Perak Today